Pek CFO client anda, siap sebelum kopi sejuk
Untuk firma perakaunan dan perunding vCFO Malaysia. Import trial balance dari SQL Account atau AutoCount, dan dapatkan penyata, KPI, amaran awal dan pek bulanan berjenama firma anda — dengan AI yang membaca angka client, bukan menggantikan pertimbangan anda.
Apa yang firma anda dapat
Satu sistem untuk seluruh kitaran bulanan — dari fail mentah client sampai laporan yang mereka bayar untuk terima.
Format Malaysia sebenar
Baca export SQL Account dan AutoCount terus — bukan template yang client anda kena isi. Pratonton sebelum apa-apa ditulis.
Pek CFO berjenama anda
Untung rugi, kunci kira-kira, aliran tunai, umur hutang dan KPI — logo dan warna firma anda, dihantar melalui WhatsApp dan emel.
AI yang membaca angka
Draf ulasan bulanan, cadangan kategori akaun, jawapan kepada "siapa paling lambat bayar?" — semuanya dari angka client itu sahaja, dan anda yang luluskan.
Telefon sebelum client perasan
Runway tunai, margin jatuh, kutipan melambat, tumpuan pelanggan — diperiksa setiap kali data masuk.
MyInvois terbina dalam
Sambung client sebagai Intermediary LHDN dan e-invois mereka ditarik setiap malam.
Portal & pautan kongsi
Owner log masuk melihat angka sendiri, atau kongsi pautan luput untuk bank dan pelabur. Bahasa ikut client — BM atau English.
Cara kerja
Lima langkah setiap client setiap bulan, dan sistem jejak semuanya untuk anda.
Daftar firma
Nama firma, emel, kata laluan. Itu sahaja.
Tambah client & import
Muat naik trial balance pertama. Akaun dipadan sekali — AI tolong cadangkan.
Pek terbina sendiri
Penyata dan KPI siap dari data. Anda semak, AI draf ulasan, anda edit.
Hantar & bincang
WhatsApp, emel, portal atau pautan kongsi. Jadualkan sesi dengan pautan Meet.
Harga
Satu harga, ikut bilangan client yang anda kerjakan. Tiada tier, tiada ciri dikunci.
- Semua ciri, semua staf — tiada had pengguna
- Client yang dijeda tidak dikira
- Percubaan percuma 30 hari, tanpa kad kredit
- Data anda kekal milik anda — eksport bila-bila masa